Quantcast
Channel: Tina Tinot Online-A Healthier Life
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Selamat Menyambut Aidil Fitri.

$
0
0
Group Tina Tinot Shaklee

Team Bina Tinot Online ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. Team kami dengan rendah hati ingin memohon seribu kemaafan jika ada salah-silap yang  disedari mahu tanpa diluar kesedari kami. Di bulan yang mulia ini marilah kita ruangkan sedikit masa buat renungan saudara-saudara kita di Gaza, Mesir dan di seluruh dunia yang disembelih tanpa tanpa belas kasihan.



Semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T. dengan rendah diri kerana siapalah kita untuk menyatakan, aku dah buat semua yang disuruh dan hindari segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. Aku memberi derma kepada semua anak yatim tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi renunglah dengan mata hati kita adakah apa yang aku lakukan itu adalah ikhlas tanpa mengetahui apa itu ikhlas. Sama-sama kita renungkan bersama tanpa ada prasangka buruk..... Insyaallah.

Kepada yang baru pulang ke kampung, pihak kami doakan agar selamat sampai ke kampung halaman yang dicintai bak kata orang-orang tua 'hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri' lebih baik duduk negeri orang. Bila hujan jer kaya raya kita duk kutip emas. Tapi apa kan daya hujan yang ditunggu kat negeri Selangor tak turun-turun, Jangan pula ada yang terasa, sekadar gurauan sahaja agar terpancar sedikit senyuman selepas mencuka disebabkan trafik sesak di semua jalan keluar dari Kuala Lumpur. Jangan lupa baca doa naik agar selamat perjalanan kita.... Insyaallah./tinatinot

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Latest Images